Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Yamaha XS250 model pengeluaran tahun 1982

Yamaha XS250 ini merupakan model yang dikeluarkan pada tahun 1982 untuk pasaran Jepun. Ianya dilengkapi enjin 4-lejang bersesaran 249cc (parallel twin cylinder, SOHC) dengan padanan transmisi 6-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 17hp @ 10,000rpm dengan tork maksimum 21.5Nm @ 8,500rpm. Sewaktu ianya berada di pasaran suatu ketika dahulu, Yamaha XS250 turut didatangkan dalam versi bersama-sama ‘headlight fairing’ mirip Yamaha RX-Z. (more…)

Suzuki GSX-R600 2017 hadir dengan pilihan warna terbaharu

Pada Disember 2016 yang lepas, pasaran UK menyaksikan kehadiran Suzuki GSX-R600 model tahun 2017 yang kini tampil dengan tiga pilihan skim warna terbaharu iaitu MotoGP (Metallic Triton Blue), gabungan kuning hitam (Glass Sparkle Black / Marble Daytona Yellow) dan hitam sepenuhnya (Metallic Matte Black No. 2) bersama-sama roda berwarna merah. Jentera supersport kelas pertengahan itu akan turut dilengkapi unit ekzos Yoshimura R11 berwarna hitam. (more…)

Honda VFR800X Crossrunner 2017

Model ‘adventure sports tourer’ premium daripada Honda telah menerima kemaskini ketara pada tahun 2015, dengan pelbagai peningkatan telah direka untuk tunggangan yang lebih lasak dan menyeronokkan. Ianya menampilkan tork pertengahan dan kuasa akhir yang lebih tinggi daripada enjin V4-VTEC yang dinaik taraf, gaya pengembaraan yang lebih tajam termasuk ciri ergonomik yang lebih halus dan ‘travel suspension’ yang lebih panjang, roda dan sistem brek baharu. (more…)

Yamaha RX-Z bergaya klasik dengan transmisi 6-kelajuan

Dua keping gambar yang dipaparkan di sini memperlihatkan sebuah model Yamaha RX-Z yang masih lagi kental dengan gaya rekaan dan skim warna klasik. Namun ianya sudah dilengkapi dengan sistem transmisi 6-kelajuan. Mungkin ini adalah model yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1989 – 1992, sebelum digantikan dengan RX-Z generasi baharu yang lebih moden. (more…)

Page 4 of 330« First345Last »
Arena Permotoran 2017