Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang untuk kereta ialah RM8.50 sen, motosikal sebanyak RM1.70 sen

Pada hari Sabtu yang lepas penulis sempat bersiar-siar bersama keluarga dengan memandu kereta ke Pulau Pinang menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru saja siap pembinaannya tempoh hari. Komen penulis, jambatan tersebut sangat cantik dan memberi keselesaan kepada pengguna, namun jaraknya yang lebih panjang berbanding jambatan pertama menjadikan perjalanan di atasnya agak memakan masa.  (more…)

Tempahan dibuka untuk Toyota Yaris 2014 serba baru

UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan tempahan untuk model Toyota Yaris 2014 serba baru telah dibuka kepada orang ramai, berkuatkuasa dari tarikh 21 Mac 2014. Serentak dengan itu senarai harga di atas jalan (On-The Road Price) bagi model hatchback kompak lima pintu berkenaan turut diumumkan seperti mana yang boleh dilihat di bawah. (more…)

Model baru Honda CB650F dan CBR650F bakal dilancarkan di pasaran Malaysia

Lagi model baru motosikal berkuasa tinggi bakal masuk ke pasaran Malaysia. Kali ini giliran Boon Siew Honda pula apabila syarikat motosikal tersebut akan melancarkan Honda CB650F terbaru bersama-sama varian CBR650F. Untuk pasaran Malaysia, kedua-dua varian motosikal dengan enjin 4 lejang bersesaran 649cc itu bakal ditawarkan sebagai model CKD yang dipasang di negara jiran Thailand. (more…)

Page 326 of 330« First325326327Last »
Arena Permotoran 2017