Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

KTNS Holdings Sdn. Bhd. perkenal dua model terbaharu KTN ZII 200 dan KTN Rhino 125

KTNS Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperkenalkan dua model terbaharu yang dikenali dengan nama KTN ZII 200 dan KTN Rhino 125, yang mana kedua-duanya hadir dengan penampilan menarik dan kelihatannya agak unik. KTN ZII 200 mungkin merupakan model yang meneruskan legasi dua model terdahulu KTN Z ONE S 200 dan KTN Z ONE S 200 R, manakala KTN Rhino 125 dijangka akan menjadi pencabar handal kepada model Honda MSX125 dan Benelli TNT135. (more…)

Yamaha Motor lancar skuter GDR155 yang bergaya dan sporty khusus untuk pasaran ASEAN

Kelmarin pada tarikh 15 Januari 2017, ramai peminat skuter tempatan yang mengharapkan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan Yamaha AEROX155, sebuah model skuter terbaharu yang ketika ini telah pun berada di pasaran Vietnam dan Thailand sejak Disember 2016 yang lepas. Namun begitu harapan tersebut tidak menjadi kenyataan, apabila HLYM melancarkan model skuter Yamaha Ego Solariz yang didatangkan dengan enjin Blue Core berkapasiti 125cc. (more…)

Yamaha 135LC model tahun 2004 (Yamaha T135)

Salah sebuah model motosikal moped (sport underbone) keluaran Yamaha yang berjaya di pasaran Malaysia ialah Yamaha 135LC (Yamaha Y135LC, Yamaha LC135). Model 135LC ini boleh dikatakan unik kerana Yamaha sebelum itu terkenal dan mencapai kejayaan melalui model-model kapcai dan moped dengan enjin dua lejang, namun segalanya berubah dengan kemunculan 135LC yang dilengkapi enjin empat lejang dengan radiator (liquid-cooled). (more…)

Kawasaki Ninja 650 2017 kini di pasaran Thailand

Model terbaharu Kawasaki Ninja 650 model tahun 2017 diperkenalkan secara rasmi di acara INTERMOT 2016, tampil dengan gaya rekaan baharu dan terkini yang lebih menarik dan sporty berbanding model sebelumnya. Untuk peminat Kawasaki di pasaran Malaysia, setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai pelancarannya, namun negara jiran terdekat Thailand telah pun menerima kehadiran model tersebut baru-baru ini. (more…)

Page 3 of 330« First234Last »
Arena Permotoran 2017