Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Yamaha X-MAX 400 model tahun 2017

Ini ialah skuter maxi Yamaha X-MAX 400 model tahun 2017 untuk pasaran Eropah, hadir dengan penampilan yang menarik dan sporty. Ianya dilengkapi enjin 395cc (Single cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC) yang digandingkan dengan transmisi ‘V-Belt Automatic’, menghasilkan kuasa maksimum sehingga 24.5kW @ 7,000rpm bersama-sama tork puncak mencecah 36Nm @ 6,000rpm. Menurut Yamaha, enjin tersebut telah mematuhi piawaian emisi EURO4.  (more…)

Warna baharu istimewa untuk Honda CB650F dan CBR650F

Boon Siew Honda hari ini mengumumkan dua model edarannya Honda CB650F dan Honda CBR650F kini hadir bersama-sama pilihan warna terbaharu untuk penampilan premium yang lebih menarik. Kedua-dua warna yang diperkenalkan terhasil daripada gabungan beberapa warna istimewa – ‘Matte Black’ dengan ‘Red Chassis’ dan ‘Matte Black’ dengan ‘White Chassis’. (more…)

HLYM lancar model skuter terbaharu Yamaha Ego Solariz

Pada 15 Januari 2017, bertempat di Genting Highlands, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah meraikan kedatangan tahun Ayam (Fire Rooster) dalam suatu majlis makan malam tahunan sempena Tahun Baru Cina (Chinese New Year), yang mana ianya turut diraikan bersama-sama pengedar bertauliah dan rakan kongsi perniagaan mereka. Antara yang menjadi tumpuan utama dalam majlis tersebut ialah pelancaran model skuter terbaharu Yamaha Ego Solariz. (more…)

Page 2 of 330123Last »
Arena Permotoran 2017