Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Category: Yamaha

Yamaha Motor lancar skuter GDR155 yang bergaya dan sporty khusus untuk pasaran ASEAN

Kelmarin pada tarikh 15 Januari 2017, ramai peminat skuter tempatan yang mengharapkan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melancarkan Yamaha AEROX155, sebuah model skuter terbaharu yang ketika ini telah pun berada di pasaran Vietnam dan Thailand sejak Disember 2016 yang lepas. Namun begitu harapan tersebut tidak menjadi kenyataan, apabila HLYM melancarkan model skuter Yamaha Ego Solariz yang didatangkan dengan enjin Blue Core berkapasiti 125cc. (more…)

Yamaha 135LC model tahun 2004 (Yamaha T135)

Salah sebuah model motosikal moped (sport underbone) keluaran Yamaha yang berjaya di pasaran Malaysia ialah Yamaha 135LC (Yamaha Y135LC, Yamaha LC135). Model 135LC ini boleh dikatakan unik kerana Yamaha sebelum itu terkenal dan mencapai kejayaan melalui model-model kapcai dan moped dengan enjin dua lejang, namun segalanya berubah dengan kemunculan 135LC yang dilengkapi enjin empat lejang dengan radiator (liquid-cooled). (more…)

Yamaha XS250 model pengeluaran tahun 1982

Yamaha XS250 ini merupakan model yang dikeluarkan pada tahun 1982 untuk pasaran Jepun. Ianya dilengkapi enjin 4-lejang bersesaran 249cc (parallel twin cylinder, SOHC) dengan padanan transmisi 6-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 17hp @ 10,000rpm dengan tork maksimum 21.5Nm @ 8,500rpm. Sewaktu ianya berada di pasaran suatu ketika dahulu, Yamaha XS250 turut didatangkan dalam versi bersama-sama ‘headlight fairing’ mirip Yamaha RX-Z. (more…)

Yamaha RX-Z bergaya klasik dengan transmisi 6-kelajuan

Dua keping gambar yang dipaparkan di sini memperlihatkan sebuah model Yamaha RX-Z yang masih lagi kental dengan gaya rekaan dan skim warna klasik. Namun ianya sudah dilengkapi dengan sistem transmisi 6-kelajuan. Mungkin ini adalah model yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1989 – 1992, sebelum digantikan dengan RX-Z generasi baharu yang lebih moden. (more…)

Page 2 of 58123Last »
Arena Permotoran 2017