Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Category: Yamaha

Versi terbaharu Yamaha TMAX 530cc akan dilancarkan di pasaran Eropah mulai Mac 2017

2017 Yamaha TMAX DX

Dalam bulan November 2016 yang lepas, Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan versi terbaharu Yamaha TMAX bagi model tahun 2017, yang dijadualkan akan dilancarkan di pasaran Eropah mulai bulan Mac 2017 akan datang. Menurut Yamaha, skuter maxi TMAX 2017 terbaharu ini akan menjadi skuter pertama Yamaha yang dilengkapi teknologi YCC-T (Yamaha Chip Controlled Throttle), bersama-sama penambahbaikan lain seperti gaya rekaan baharu dan kerangka badan ringan yang menawarkan prestasi lebih hebat dan selesa. (more…)

Yamaha Aerox 155 di pasaran Thailand tampil lebih sporty dan garang dengan pelbagai aksesori menarik

Model skuter terbaharu Yamaha Aerox 155 tidak dinafikan mempunyai rekaan yang sangat menawan dan sporty. Ianya dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh beberapa bulan lagi, manakala di pasaran negara jiran Thailand telah pun menerima ketibaannya baru-baru ini. Oleh kerana ramai peminat skuter tempatan yang tidak sabar-sabar menantikan pelancaran Aerox 155, di sini penulis paparkan ‘brochure’ mengenai aksesori-aksesori menarik yang ditawarkan untuk model berkenaan di pasaran Thailand.  (more…)

Yamaha X-MAX 400 model tahun 2017

Ini ialah skuter maxi Yamaha X-MAX 400 model tahun 2017 untuk pasaran Eropah, hadir dengan penampilan yang menarik dan sporty. Ianya dilengkapi enjin 395cc (Single cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC) yang digandingkan dengan transmisi ‘V-Belt Automatic’, menghasilkan kuasa maksimum sehingga 24.5kW @ 7,000rpm bersama-sama tork puncak mencecah 36Nm @ 6,000rpm. Menurut Yamaha, enjin tersebut telah mematuhi piawaian emisi EURO4.  (more…)

HLYM lancar model skuter terbaharu Yamaha Ego Solariz

Pada 15 Januari 2017, bertempat di Genting Highlands, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah meraikan kedatangan tahun Ayam (Fire Rooster) dalam suatu majlis makan malam tahunan sempena Tahun Baru Cina (Chinese New Year), yang mana ianya turut diraikan bersama-sama pengedar bertauliah dan rakan kongsi perniagaan mereka. Antara yang menjadi tumpuan utama dalam majlis tersebut ialah pelancaran model skuter terbaharu Yamaha Ego Solariz. (more…)

Page 1 of 58123Last »
Arena Permotoran 2017