Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Category: Honda

Honda CB500F 2017 terima enjin mesra EURO4

Sebelum ini bagi model tahun 2016, Honda CB500F telah menerima beberapa kemaskini yang lebih menarik dari segi penampilannya, antaranya termasuk tangki bahan api yang lebih besar, pemasangan lampu LED, naik taraf suspensi depan (spring preload adjustable front forks), ekzos baharu yang lebih ringan dan tuil brek yang boleh dilaras. Bagi model tahun 2017, Honda CB500F kini telah dilengkapi enjin yang mematuhi piawaian EURO4. (more…)

Model konsep Honda NeuV akan dilengkapi teknologi AI

Honda baru-baru ini telah mengumumkan penyertaan mereka di CES 2017 (Consumer Electronics Show) yang akan berlangsung di Las Vegas dari 5 sehingga 8 Januari 2017. Tema Honda kali ini ialah “Cooperative Mobility Ecosystem”, yang mana ianya akan merangkumi teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence), robotik dan kesambungan data yang lebih menyeluruh untuk mengubah pengalaman mobiliti pada masa depan. (more…)

Honda Forza 125 2017 diperkenalkan untuk pasaran Eropah

Pada pandangan penulis, Boon Siew Honda sepatutnya membawa masuk model skuter Honda Forza 125 model tahun 2017 ini ke pasaran Malaysia. Seperti mana yang dapat dilihat, penampilan keseluruhan skuter tersebut sangat menarik dan sporty, yang pastinya akan mendapat sambutan daripada ramai peminat skuter tempatan. (more…)

Page 3 of 45« First234Last »
Arena Permotoran 2017