Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Category: Honda

Honda VFR800F model tahun 2017

Menurut maklumat daripada Honda Motor Europe, model VFR800F telah menerima kemaskini menyeluruh pada tahun 2014 melibatkan reka bentuk baharu yang lebih tajam dan kontemporari, termasuk kelengkapan ciri-ciri dan teknologi baharu. Untuk model tahun 2017, VFR800F kini tersedia dalam pilihan warna terbaharu ‘Digital Silver Metallic’, di samping dua warna sedia ada ‘Darkness Black Metallic’ dan ‘Victory Red’. (more…)

Skuter kecil Honda Ruckus 2017 di pasaran USA

Honda memahami bahawa kadangkala kita hanya memerlukan pergerakan yang mudah untuk bergerak dari titik A ke titik B. Oleh itu mereka memperkenalkan sebuah skuter kecil bernama Ruckus, dengan berat keseluruhan (curb weight) hanya 90 kilogram. Honda Ruckus model tahun ini 2017 dilengkapi enjin berkapasiti 49cc (liquid-cooled single-cylinder four-stroke) yang kemudiannya dipadankan transmisi automatik (Automatic V-Matic belt drive). (more…)

Honda mungkin melancarkan CB250RR 2017 serba baharu

Lakaran Honda CB250RR 2017 daripada Young Machine

Selepas sukses dengan kejayaan melancarkan model supersport Honda CBR250RR 2017 serba baharu, Honda dijangka akan memperkenalkan versi ‘naked’ untuk model berkenaan yang mungkin akan dikenali dengan nama Honda CB250RR 2017. Setakat ini muka hadapan majalah permotoran Young Machine telah menyiarkan imej lakaran model tersebut. (more…)

Page 2 of 45123Last »
Arena Permotoran 2017