Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Category: Honda

Warna baharu istimewa untuk Honda CB650F dan CBR650F

Boon Siew Honda hari ini mengumumkan dua model edarannya Honda CB650F dan Honda CBR650F kini hadir bersama-sama pilihan warna terbaharu untuk penampilan premium yang lebih menarik. Kedua-dua warna yang diperkenalkan terhasil daripada gabungan beberapa warna istimewa – ‘Matte Black’ dengan ‘Red Chassis’ dan ‘Matte Black’ dengan ‘White Chassis’. (more…)

Honda VFR800X Crossrunner 2017

Model ‘adventure sports tourer’ premium daripada Honda telah menerima kemaskini ketara pada tahun 2015, dengan pelbagai peningkatan telah direka untuk tunggangan yang lebih lasak dan menyeronokkan. Ianya menampilkan tork pertengahan dan kuasa akhir yang lebih tinggi daripada enjin V4-VTEC yang dinaik taraf, gaya pengembaraan yang lebih tajam termasuk ciri ergonomik yang lebih halus dan ‘travel suspension’ yang lebih panjang, roda dan sistem brek baharu. (more…)

Honda CBR250 FOUR model keluaran tahun 1986

Zaman kegemilangan motosikal supersport kelas permulaan 250cc dengan enjin berkonfigurasi 4-silinder boleh dikatakan telah berlalu. Buat masa ini kebanyakan pengeluar lebih selesa menghasilkan model-model dengan enjin 2-silinder, salah satu contoh terkini ialah Honda CBR250RR 2017. Alangkah baiknya kalau Honda kembali memperkenalkan legasi untuk model CBR250 FOUR yang dilancarkan di pasaran Jepun pada tarikh 25 April 1986 yang lalu.  (more…)

Page 1 of 45123Last »
Arena Permotoran 2017