Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Suzuki GSX-R600 2017 hadir dengan pilihan warna terbaharu

 

Pada Disember 2016 yang lepas, pasaran UK menyaksikan kehadiran Suzuki GSX-R600 model tahun 2017 yang kini tampil dengan tiga pilihan skim warna terbaharu iaitu MotoGP (Metallic Triton Blue), gabungan kuning hitam (Glass Sparkle Black / Marble Daytona Yellow) dan hitam sepenuhnya (Metallic Matte Black No. 2) bersama-sama roda berwarna merah. Jentera supersport kelas pertengahan itu akan turut dilengkapi unit ekzos Yoshimura R11 berwarna hitam.

Menurut Suzuki, harga jualan untuk GSX-R600 2017 di pasaran UK ditetapkan sebanyak £8,999 (RRP). Dari segi spesifikasi, GSX-R600 2017 dikuasakan enjin dengan kapasiti 599cc (4-stroke, liquid-cooled, 4-cylinder, DOHC), yang kemudiannya digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 125.76ps @ 13,500rpm dengan tork puncak 69.60Nm @ 11,500rpm. Berat keseluruhan (curb weight) motosikal tersebut ialah ialah 187 kg.

Arena Permotoran 2017