Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Yamaha RX-Z bergaya klasik dengan transmisi 6-kelajuan

Dua keping gambar yang dipaparkan di sini memperlihatkan sebuah model Yamaha RX-Z yang masih lagi kental dengan gaya rekaan dan skim warna klasik. Namun ianya sudah dilengkapi dengan sistem transmisi 6-kelajuan. Mungkin ini adalah model yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1989 – 1992, sebelum digantikan dengan RX-Z generasi baharu yang lebih moden.

Sebelum ini terdengar ura-ura bahawa Yamaha RX-Z akan dikeluarkan kembali, memandangkan model tersebut masih mempunyai peminat yang ramai sehingga kini. Atas kemungkinan tersebut, penulis pernah menyiarkan sebuah artikel mengenai perkara tersebut, anda boleh membacanya melalui pautan berikut: Adakah Yamaha RX-Z akan kembali ke pasaran?

Arena Permotoran 2017