Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Warna baharu Yamaha MT-07 2017 untuk pasaran Malaysia

Yamaha MT-07 model tahun 2017 untuk pasaran Malaysia kini didatangkan dalam pilihan dua warna terbaharu ‘Night Fluo’ dan ‘Yamaha Blue’. Harga asas yang ditetapkan sebanyak RM36,795 termasuk GST, dan bakal tiba di bilik pameran Yamaha mulai pertengahan bulan ini.

Model ‘naked’ berkenaan dilengkapi enjin dalam kapasiti 689cc (2-Cylinder, Liquid-Cooled, 4-Stroke, DOHC, 4-Valves) yang digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 74.8PS @ 9,000rpm dan tork maksimum 68Nm @ 6,500rpm.

Di bawah berikut ialah gambar-gambar menarik Yamaha MT-07 2017 dalam pilihan warna ‘Night Fluo’ dan ‘Yamaha Blue’ yang sebelum ini diperkenalkan di pasaran Eropah. Dua pilihan warna lain MT-07 2017 yang ditawarkan di pasaran Eropah ialah ‘Tech Black’ dan ‘Competition White’.

Arena Permotoran 2017