Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Teknologi “Honda Riding Assist” diperkenalkan di CES 2017

 

Pernahkah motosikal anda hampir terbalik ketika ianya tidak bergerak, walaupun ketika itu anda masih lagi berada di atasnya? Jadi apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan masalah tersebut berulang lagi, apatah lagi jika ianya melibatkan motosikal berkuasa tinggi yang kebiasaannya bersaiz besar dan berat?

Bertempat di Consumer Electronics Show (CES) 2017 (5 – 8 Januari) yang berlangsung di Las Vegas, Nevada, USA, Honda telah memperkenalkan teknologi imbangan motosikal yang canggih dan cukup mengagumkan, dikenali dengan nama “Honda Riding Assist”. Berdasarkan teknologi tersebut, motosikal akan kekal berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan apa-apa sokongan, malah boleh bergerak dengan sendirinya tanpa bantuan dari manusia.

Menurut Honda, teknologi Honda Riding Assist diadaptasi daripada teknologi robotik yang sebelum itu diperkenalkan melalui peranti mobiliti peribadi UNI-CUB. Berdasarkan video di atas selain daripada teknologi imbangan yang luar biasa, Honda juga memperlihatkan bagaimana sebuah motosikal berinteraksi bagaikan haiwan belaan kesayangan. Menarik sekali bukan?

Arena Permotoran 2017