Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Kia Motors dedah imej rasmi pertama Picanto serba baharu

 

Kia Motors hari ini secara rasminya mendedahkan beberapa keping gambar Picanto serba baharu, salah sebuah model terlaris Kia di pasaran global yang kini telah sampai ke generasi yang ketiga. Diperkenalkan dalam spesifikasi ‘GT-Line’, Picanto serba baharu merupakan sebuah model kompak dalam segmen A yang kini tampil lebih sporty dengan gaya terbaharu yang lebih berani.

Sama seperti bahagian luarannya yang menyerlah, bahagian dalaman Picanto serba baharu juga kelihatan lebih memikat yang kini didatangkan dengan ciri-ciri dan teknologi terkini. Menurut Kia, Picanto serba baharu akan membuat kemunculan rasmi di Geneva Motor Show 2017 pada bulan Mac akan datang, sebelum memulakan jualannya dalam musim bunga tahun yang sama.

Arena Permotoran 2017