Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Suzuki UK perkenal GSX-S1000 dan GSX-S750 2017 edisi Phantom, serta model legenda Hayabusa Z 2017

 

Suzuki UK pada tarikh 19 November 2016 yang lepas telah mengumumkan ketibaan dua model ‘special edition’ Suzuki GSX-S1000 dan Suzuki GSX-S750 model tahun 2017, kedua-duanya didatangkan dalam tanda nama edisi ‘Phantom’. Menurut Suzuki UK, model terdahulu yang menggunakan nama tersebut ialah model ikonik GSX-R1000 Phantom yang diperkenalkan sejak lebih 10 tahun yang lepas. 

Kedua-dua model GSX-S1000 Phantom 2017 dan GSX-S750 Phantom 2017 didatangkan dengan skim warna hitam bersama-sama kemasan berwarna merah (stealthy black paint scheme with red detailing). Skim warna tersebut diteruskan lagi dengan kehadiran sepasang ‘fork’ KYB berwarna hitam yang menggantikan warna emas pada model standard. Melengkapkan penampilan keseluruhan ialah ekzos, tuil brek dan pemijak kaki berwarna hitam.

Sebuah lagi model terbaharu edisi istimewa yang diperkenalkan ialah Hayabusa Z 2017, yang mana ianya tampil dengan skim warna biru dan hitam serta dilengkapi dengan peredam bunyi ‘Yoshimura Hepta Force’ sebagai ciri standard. Hayabusa Z 2017 didatangkan dengan harga £12,499, manakala harga untuk GSX-S1000 dan GSX-S750 Phantom akan diumumkan apabila kedua-dua model tiba pada bulan Mac 2017.

Arena Permotoran 2017