Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Lagi informasi terkini Kawasaki Ninja 250 model tahun 2017

 

Kira-kira hampir seminggu yang lalu kita semua telah melihat lakaran imej Kawasaki Ninja 250 model tahun 2017, yang dihasilkan oleh majalah permotoran terkenal Jepun, Young Machine. Dikhabarkan hasil lakaran tersebut mencapai sehingga 60 peratus ketepatan apabila dibandingkan dengan model produksi sebenar daripada Kawasaki.

Melalui beberapa informasi terkini dari TMCBlog dan Rush Lane, antara ciri-ciri terbaharu yang dijangka akan melengkapi Ninja 250 2017 antaranya adalah seperti berikut:

  • Rekaan lampu depan lebih kecil menggunakan lampu jenis LED
  • Lampu belakang jenis LED
  • Tangki bahan api lebih besar pada kedudukan yang lebih tinggi
  • Rekaan fairing yang lebih ramping dengan penampilan lebih sporty
  • Sistem suspensi depan terbaharu jenis Upside-Down Fork (USD)
  • Paparan konsol instrumen meter terbaharu lebih menarik
  • Sistem brek cakera dengan sistem brek ABS (Dual Channel ABS)
  • Berat keseluruhan motosikal yang lebih ringan, prestasi lebih responsif dan kebolehan mengambil selekoh yang lebih tajam
  • Enjin masih 2 silinder DOHC dengan sistem penyejuk cecair, enjin 4 silinder dikatakan tidak akan menjadi kenyataan
  • Prestasi keseluruhan termasuk harga yang ditawarkan dikatakan mampu mencabar Honda CBR250RR 2017 dan Yamaha YZF-R25 2017
  • Pelancaran atau pengenalan rasmi mungkin akan diadakan pada lewat tahun 2017, atau pada awal tahun 2018

Selain itu, Kawasaki Ninja 250 2017 juga dikhabarkan akan dilengkapi enjin dengan sistem supercharger, namun tidak pasti setakat mana kebenarannya. Oleh kerana laporan terkini Young Machine edisi Disember 2016 tidak menyebut mengenai enjin supercharger Ninja 250 2017, maka bolehlah dikatakan ianya mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Arena Permotoran 2017