Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Warna baharu untuk Kawasaki Z125 PRO 2017 di pasaran Jepun

Untuk musim 2017, Kawasaki Z125 PRO di pasaran Jepun akan menerima dua pilihan warna terbaharu iaitu ‘Metcourage Gray / Ebony’ dan ‘Candy Plasma Blue / Metallic Spark Black (Special Edition)’. Kedua-dua warna tersebut akan ditawarkan bersama-sama dua warna terdahulu iaitu ‘Candy Flat Blazed Green’ dan ‘Lime Green (KRT Edition)’.

Kawasaki Z125 dan Z125 PRO merupakan sebuah model terkecil di dalam siri Kawasaki Z, diperkenalkan untuk bersaing dengan model Honda MSX125 yang mendapat sambutan hangat dari pembeli, terutamanya di pasaran USA (dikenali dengan nama Honda Grom). Kawasaki Z125 PRO kini turut bersaing denganĀ Honda MSX125 di pasaran Malaysia.

Arena Permotoran 2017