Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Unit ujian Yamaha FZ200 atau Yamaha FZ250 ditemui di India

 

Baru-baru ini menurut laporan dari laman blog Rush Lane, sebuah motosikal yang merupakan unit ujian daripada Yamaha Motor India telah ditemui sedang diuji di atas jalan raya. Motosikal tersebut dikhabarkan sama ada model Yamaha FZ200 dengan enjin 200cc, atau mungkin juga merupakan model FZ250 dengan enjin lebih besar 250cc.

Yamaha FZ200 @ FZ250 dijangka akan dilengkapi enjin dengan satu silinder tunggal, namun ciri-ciri lain yang melengkapinya agak sukar diperkatakan buat masa ini. Model ini juga mungkin khusus untuk pasaran India sahaja dengan harga jualan yang berpatutan. Pada pendapat anda berdasarkan gambar-gambar berikut, adakah model ini cukup menarik?

Arena Permotoran 2017