Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Honda CBR300R 2017 untuk pasaran USA diperkenalkan dalam gabungan skim warna merah dan hitam

 

2017 Honda CBR300R

Hampir sebulan yang lalu, Honda CBR300R model tahun 2017 untuk pasaran USA telah diperkenalkan dalam satu skim warna tunggal yang menggabungkan warna merah dan hitam (Red/Black). Sebelum ini untuk model tahun lepas, Honda CBR300R 2016 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu ‘Bright Yellow/Matte Black’, ‘Candy Orange/Matte Black’ dan ‘Black’.

2017 Honda CBR300R ABS

Honda CBR300R 2017 dilengkapi enjin berkapasiti 286cc (liquid-cooled single-cylinder four-stroke, DOHC; four valves per cyclinder) dengan padanan transmisi 6-kelajuan, serta tersedia dalam varian ABS dan Non-ABS. Untuk pasaran USA, harga jualannya bermula dari $4,499. Di pasaran ASEAN, Honda CBR300R turut dijual di negara jiran Thailand.

Arena Permotoran 2017