Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Adakah ini gambaran sebenar Kawasaki Ninja 250 2017?

Laman Facebook Young Machine hari ini telah memaparkan muka hadapan majalah Young Machine keluaran terbaharu, yang mana kita dapat lihat lakaran beberapa model akan datang termasuk model Kawasaki Ninja 250 model tahun 2017. Melihat dengan lebih dekat, agak menarik juga rekaan Ninja 250 2017, namun tidak dapat dipastikan setakat manakah ketepatan lakaran tersebut jika dibandingkan dengan model produksi sebenar nanti.

Antara khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini ialah Kawasaki Ninja 250 2017 akan dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa, terima kasih kepada teknologi supercharger yang akan membantu menghamburkan kuasa segera yang lebih tinggi. Setakat ini masih belum ada sebarang petunjuk bilakah Ninja 250 2017 akan muncul di pasaran, cuma jangkaan awal ialah ianya akan diperkenalkan secara rasmi menjelang pertengahan 2017.

Arena Permotoran 2017