Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Suzuki Raider R150 FI dilancarkan di pasaran Thailand

Selepas pasaran Indonesia dan Vietnam, Suzuki Raider R150 Fuel Injection (FI) generasi serba baharu kini secara rasminya dilancarkan di pasaran Thailand pada tarikh 1 Disember 2016 yang lepas. Suzuki Raider R150 FI menggantikan generasi terdahulu Suzuki Raider R150 di pasaran Thailand yang dilengkapi sistem penyampaian bahan api karburator. 

Untuk pasaran Thailand, Suzuki Raider R150 FI hadir dengan reka bentuk sama seperti Suzuki Satria F150 FI di pasaran Indonesia, yang mana kedua-dua model tersebut dilengkapi lampu signal depan dan belakang jenis bersepadu. Manakala untuk pasaran Vietnam, Suzuki Raider R150 FI hadir dengan lampu signal depan dan belakang terpisah.

Arena Permotoran 2017