Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Kuasa enjin Suzuki GSX-R150 2017 capai 19.17PS @ 11,000rpm dengan tork maksimum 13.9Nm @ 8,500rpm

 

suzuki-gsx-r150-2017

Berdasarkan pemerhatian di dalam laman sesawang rasmi Suzuki Motor Indonesia, maklumat mengenai jumlah kuasa yang dihasilkan oleh enjin untuk dua model terbaharu Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 2017 masih belum diumumkan secara rasmi. 

Namun sewaktu pameran kedua-dua model di IMOS 2016, terdapat paparan maklumat mengenai spesifikasi untuk GSX-R150, termasuk kuasa yang dihasilkan oleh enjinnya. Memandangkan GSX-R150 dan GSX-S150 menggunakan enjin yang sama, bolehlah diandaikan enjin pada kedua-duanya akan turut menghasilkan jumlah kuasa yang sama.

Berdasarkan paparan maklumat tersebut, kuasa yang dihasilkan oleh enjin GSX-R150 mencapai angka 14.1kW @ 11,000rpm, bersamaan 19.17PS @ 11,000rpm. Jumlah tork maksimum yang dihasilkan pula mencecah 13.9Nm @ 8,500rpm.

Sementara itu menurut Suzuki Motor Indonesia, pengeluaran GSX-R150 dan GSX-S150 akan dilakukan secara domestik, dengan penjualannya di pasaran Indonesia akan bermula pada awal tahun 2017. Pasaran ASEAN yang lain dikatakan menyusul selepas itu.

Berikut ialah ciri-ciri utama untuk kedua-dua model, sumber dari Suzuki Motor Indonesia:

Main features of the GSX-R150

  • All-new model in the supersport bike GSX-R series.
  • 147.3cm3 water-cooled four-valve single-cylinder DOHC engine installed onto a light and compact chassis.
  • Keyless ignition system (offered for high grade model) and the Suzuki Easy Start System, which enables the rider to just one-push the starter instead of press-holding it to start the engine, are adopted.
  • The sporty styling inherits the GSX-R design.
  • Overall length 2,020mm x overall width 700mm x overall height 1,075mm.

Main features of the GSX-S150

  • All-new model in the street sportbike GSX-S series.
  • 147.3cm3 water-cooled four-valve single-cylinder DOHC engine installed onto a light and compact chassis.
  • Single-action shuttered key system and the Suzuki Easy Start System are adopted.
  • Crouching styling design image common to the series.
  • Overall length 2,020mm x overall width 745mm x overall height 1,040mm.
Arena Permotoran 2017