Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Harga rasmi Honda CBR250RR 2017 diumumkan di IMOS 2016

 

2017-honda-cbr250rr

Menurut laporan yang dipetik dari Kobayogas.com, harga jualan rasmi untuk Honda CBR250RR 2017 di pasaran Indonesia telah diumumkan sebentar tadi di IMOS 2016. Untuk varian standard tanpa sistem brek ABS, harga yang ditetapkan ialah sebanyak Rp. 62.9 juta, manakala untuk varian dengan sistem brek ABS, harganya ialah Rp. 68.9 juta.

Kedua-dua harga yang ditetapkan itu dikatakan harga di atas jalan (OTR) berdasarkan harga pasaran di Jakarta. Berikut ialah harga untuk Honda CBR250RR 2017 di pasaran Indonesia setelah di tukar kepada Ringgit Malaysia mengikut kadar tukaran nilai mata wang semasa;

  • Honda CBR250RR 2017 varian Non-ABS: RM20,128.00
  • Honda CBR250RR 2017 varian ABS: RM22,048.00

Melihat kepada harga yang ditawarkan di pasaran Indonesia yang berada dalam lingkungan di antara RM20k sehingga RM22k, bolehlah dikatakan harga untuk pasaran di Malaysia tidak akan melebihi RM25k. Namun begitu, semuanya bergantung kepada pihak Boon Siew Honda dalam membuat keputusan untuk melancarkan motosikal tersebut di sini atau pun tidak.

Arena Permotoran 2017