Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Honda Winner 150 kini didatangkan pilihan 3 warna terbaharu

 

2016-honda-winner-150-new-colour

Honda Winner 150 di pasaran Vietnam kini didatangkan dalam 3 pilihan warna terbaharu dengan rekaan grafik yang lebih menarik iaitu Kuning (Yellow), Oren (Orange) dan Biru (Blue). Menurut Honda Vietnam, ketiga-tiga warna tersebut ditawarkan hanya untuk varian Sport, dan akan berada di pasaran secara rasmi mulai 7 November 2016.

Bagi 4 warna terdahulu yang diperkenalkan sewaktu Honda Winner 150 mula dilancarkan pada Mei 2016, ianya masih lagi dikekalkan. Ini menjadikan jumlah pilihan warna keseluruhan kepada 7 kesemuanya. Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan Honda RS150R akan turut menerima pilihan warna terbaharu yang lebih menarik pada tahun depan.

Arena Permotoran 2017