Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

KTN RS3 SE (Special Edition) kini di pasaran Malaysia

KTN RS3 SE (002)

Untuk peminat-peminat motosikal jenis kembara, KTNS Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini telah memperkenalkan KTN RS3 SE (Special Edition) untuk pasaran tempatan. Model tersebut boleh didapati dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Emas (Gold) dan Hijau (Green), lengkap dengan tiga buah kotak untuk kemudahan mengisi barang-barang. 

KTN RS3 SE yang bergaya sporty ini dilengkapi enjin bersesaran 250cc empat lejang yang memiliki satu silinder (1-Cylinder, 4-Strokes, 4-Valve, Water-Cooled, Camshaft Upward with Balance Shaft), dengan kuasa maksimum yang dihasilkan setinggi 18.5kW @ 9,000rpm (kira-kira 25hp) bersama-sama tork maksimum mencecah 23Nm @ 7,000rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan kotak gear 6-kelajuan dengan klac tangan manual.

Motosikal kembara yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh ini turut dilengkapi sistem brek cakera di bahagian depan dan belakang, termasuklah roda depan bersaiz 100/90-18 dan roda belakang dengan saiz 130/90-15. Tangki minyak yang tersedia pula boleh diisi sehingga 15 liter petrol. Harga yang ditawarkan untuk KTN RS3 SE ini sekitar RM13,500.00.

Arena Permotoran 2017