Arena Permotoran

Informasi Permotoran Masa Kini

Proton GSC (Global Small Car) @ P2-30A bakal dilancarkan April 2014?

Bulan April 2014 bakal menjengah dalam masa dua hari lagi. Bagi para peminat dunia automotif di Malaysia, kebanyakannya sudah sedia maklum mengenai kedatangan model kompak terbaru dari Proton yang ketika ini dikenali dengan nama panggilan Proton GSC (Global Small Car). Proton GSC juga dikenali dengan kod panggilan Proton P2-30A.

Pihak Proton sebelum ini telah memberitahu bahawa model GSC bakal dilancarkan dalam bulan April 2014, namun khabar angin yang bertiup kencang ketika ini mengatakan tarikh pelancaran sebenar mungkin akan ditunda ke bulan Jun 2014. Berita tersebut jika benar pasti mengecewakan ramai peminat Proton di tanahair yang sekian lama sabar menanti.

Mungkin pihak Proton mempunyai alasan tersendiri kenapa tarikh pelancaran Proton GSC terpaksa ditunda ke tarikh baru. Atau jika kita semua bernasib baik, Proton akan menepati janjinya, seterusnya melancarkan Proton GSC dalam bulan April ini. Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya dari Proton dalam masa terdekat ini.

p/s : Proton Savvy bakal digantikan dengan model Proton GSC..

Arena Permotoran 2017